Popular Posts

Wednesday, 8 June 2011

Kahwin muda, kahwin awal, kahwin waktu belajar ???

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua.......

 Sabda Rasulullah s.a.w.: 
"Apabila datang orang melamarmu, orang yang baik yang kamu sukai agama dan budi pekertinya, maka kahwinlah, jika tidak tentulah akan menjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakkan yang luas."


Sekarang ini musim cuti, cuti universiti, cuti sekolah, cuti semester. Maka, di kala cuti panjang ini, ramai sahabat-sahabat saya, senior-senior saya yang mendirikan rumah tangga. Setiap kali hujung minggu memang banyak sangat jemputan. Alhamdulillah......=)) semoga ikatan mereka di dalam rahmat Allah dan mereka kekal bercinta hingga ke syurga...Ameen Ya Rabb

Setiap kali dapat jemputan, setiap kali dapat perkhabaran tentang kawan-kawan saya yang akan mendirikan rumah tangga, hati ini gembira sangat!!!! seronok dengar... 

"nak kawen dah dia"....hehe



Tapi, saya tak boleh nafikan, kadang-kadang timbul bibit cemburu dengan mereka......Mereka dapat kahwin awal, dapat sempurnakan iman mereka muda-muda lagi...tapi saya??

Hmm...kadang-kadang.....bukan kadang-kadang sebenarnya selalu....selalu saya tanya.....mengapa ya Allah mcm susahkan sedikit laluan saya untuk kahwin awal.?? saya akui selalu menangis, bila doa menangis..kadang-kadang malu dengan Allah, menangis sebab tiada orang faham kenapa saya nak kahwin awal, bukan sebab taubat atas segala dosa yang dah saya buat...Astaghfirullah.........
maaf kan saya Ya Allah

Sampai suatu hari,....

Macam biasa tengah-tengah cuti, saya buka FB. Chat dengan seorang kawan saya..dia dah nak kahwin....InsyaAllah awal tahun depan.. Dia tak cakap apa-apa pun sebenarnya. Tapi, cuma Allah bagi Hidayah dekat saya..Allah tunjuk pada saya mengapa saya belum boleh kahwin lagi...

Semuanya tentang ILMU......ya ILMU....

Sepanjang perbualan itu, semua yang dia cakap ada dalil..hatta perbualan kosong-kosong pun ada dalil..SubhanaAllah..dulu saya kenal dia sebagai seorang yg biasa-biasa sahaja..tapi sekarang kata-katanya basah dengan hadis,ayat quran...

"saya kagum dengan awak!! awak tahu tak?? kalau lah awak boleh baca blog ini.."

Baru saya sedar, saya tak banyak ilmu lg sebb tu Allah susahkan sedikit sahaja haluan saya untuk kahwin awal. Saya banyak tak tahu ilmu-ilmu agama.Kalau tak banyak ilmu agama macam mana saya nak jadi isteri solehah nanti? macam mana saya nak didik anak-anak saya nanti? tarbiyatul aulad, macam mana? kalau anak-anak tanya pasal isu fiqh macam manakan? kalau ipar, biras. mak mertua.ayah mertua tanya...macam manakan?? 

.......TERIMA KASIH ALLAH.....

Selain itu, saya tahu saya masih banyak lagi tak tahu..saya rasa kalau saya kahwin sekarang saya tak mampu jd macam isteri Rasulullah..mcm Khadijah..macam mak saya.. Saya tak pandai masak, sidai kain pun tak kemas lg,menjahit apatah lagi?? kalau suami saya on call nanti tak kan dia nak makan luar sahaja..mesti tak sempat. Klau saya dapat bekalkan makanan untuk dia,nanti dia semangat nak kerja kerana Allah..InsyaAllah jadi ibadah..saham akhirat juga saya dapat..=)

nanti kalu butang whitecoat suami saya tercabut, takkan saya tak mampu nak jahitkan balik. Nanti kesian dia, nanti nampak tak kemas. nanti orang pandang Doktor islam ni tak kemas...

Kalau saya tak pandai kemas rumah, nanti kesian suami saya balik kerja, rumah bersepah-sepah..Sudahla penat bekerja di hospital. Kesian dia nanti. Mesti nak buat ibadat pun tak tenang sebab rumah bersepahkan?

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya akui....walaupun dalam tempoh pertunangan ini, tak kan lah saya mampu nak belajar semua benda..Tak kan mampu nak khatam segala dalil-dalil..tak kan mampu nak jd chef yang pandai masak semua benda..Tapi saya harus syukur. Allah letakkan begitu pada saya banyak hikmahnya. Allah beri saya ruang untuk belajar ilmu rumah tangga.Mcm mana nak jadi isteri solehah. Macam mana nak jadi ibu mithal. Macam mana nak uruskan rumah tangga. Walaupun saya tahu saya tak kan mampu master semua sekali tapi saya akan berusaha untuk tambah ilmu, untuk siapkan diri bagi memikul amanah sebagai seorang isteri, ibu, menantu...dan banyak lagi...

Allah pandang usaha tak pandang natijahkan..

Jadi, kepada sahabat-sahabat di luar sana yang sedang mengalami perasaan begini, yang sedang sedih memikirkan nasib diri kerana tidak dimudahkan jalan untuk kahwin awal 
(atas apa alasan sekalipun), 

untuk mereka yg sedang menangis....Berhentilah dari berfikir dan berperasaan begitu.....kerana sesungguhnya kmu diuji kerana kamu mampu...dan hakikatnya Allah sangat sayang pada kamu

Ya,, Allah syg kamu, sebab bagi ruang untuk kita tuntut ilmu..

Mari bersangka baik dengan Allah. Allah adalah apa yang kita fikirkan......=)) 
mari tambah ilmu....semoga kamu, saya dan kita akan mampu jadi suami soleh, isteri solehah, yang mampu membina institusi keuarga islam dengan bi'ah solehah.. semoga generasi kita yang bakal kita lahirkan menjadi sehebat Rasulullah dan para sahabat dalam perjuangannya menegakkan Islam berkat didikan kita.

Masakan lahir generasi ulung tanpa ibu ayah yang hebat bukan???

sekian..


salam sayang
'Adni Ameera...

Doakan saya ya..InsyaAllah bakal berkahwin jun tahun hadapan......saya sangat takut!! Sempatkah kembara ilmu untuk jadi isteri solehah....






No comments:

Post a Comment