Waktu kita lahir, 'mereka' orang pertama yang kita jumpa di dunia ini. Tatkala itu, selepas berperang dengan kesakitan melahirkan zuriat, 'mereka' sambut kita di dunia ini dengan senyuman penuh kesyukuran. Maka bermulalah kehidupan kita di dunia bersama 'mereka'
'mereka' besarkan kita, merka ajar kita bagaimana untuk hidup di dunia, 'Mereka' didik kita dengan penuh kasih sayang. Malam-malam bila kita sakit, 'mereka' bangun jaga kita. Bila kita takut 'mereka' tidur sebelah kita. Waktu tu kita sangat syang pada 'mereka' bukan? waktu kita paling takut kalau 'mereka' meninggal sebab tiada orang nak jaga kita nanti kan? Kadang-kadang kita kena marah, waktu tu kita rasa sedih sangat kan. Kita rasa 'mereka' tak sayang pada kita. Tapi bila kita sedih 'mereka' juga yang pujuk kita balik kan? 'Mereka' masak untuk kita, cari duit untuk kita sekolah.
Bila kita nak ambil peperiksaan UPSR kita minta 'mereka' doakan. Bila kita nak ambil PMR 'mereka' doakan lagi. Nanti bila kita nak ambil SPM, final exam untuk dapat MBBS, end-modul exam kita selalu minta 'mereka' doakan kan? Lepas tu bila kita berjaya dengan cemerlang, kita minta 'mereka' hadiahkan sesuatu dekat kita. 'mereka' selalu janji nak bagi hadiah pada kita kalau kita dapat cemerlang kan? Namun, kadang-kadang walaupun kita tak jadi yang paling cemerlang, kita tak dapat nombor satu, tak dapat jadi best student, tak dapat SPM straight As, tak dapat pergi oversea, 'mereka' tetap bagi pada kita apa yang mereka janji sebab 'mereka' sangat syg pada kita kan?

Hari berganti hari, masa berlalu dengan pantas. Hari ini kta semua dah dewasa. Kita semua dah besar. Kita dah boleh fikir sendiri. Sekarang kita dan mula buat keputusan sendiri. Kita mula beli kasut sendiri. Kita pilih nak pakai Hp apa dan nak beli dekat kedai mana. Kita buat keputusan nak kerja apa dan nak buat kerja sampingan apa. Bila kereta kita rosak, air-cond tak berfungsi kita rasa kita nak pergi bengkel sendiri dan uruskan sendiri walaupon kita tak pandai. Kita rasa kita dah besar kan?
Waktu ini, mungkin kita dah berkahwin dan dah ada nak. Mungkin kita dah bertunang. mungkin kita dah ada calon untuk bina baitul muslim. ataupon mungki kita dah ada someone special yang kita rasa boleh hidup dengan dia dan kita bercouple dengan dia. Kita dah ada org lain yang kita sayang jugak selain 'mereka'
Maka disaat ini,.... adakah 'mereka' itu masih someone special untuk kita? adakah kita masih hormat pada 'mereka'? adakah kalau 'mereka' cakap kita masih dengar? kalau mereka kejut bangun subuh kita terus bangun? Kalau 'mereka' tak bagi kahwin awal kita dengar tak?
Waktu ini kita jarang ekspresikan sayang kita pada 'mereka' namun kita mudah sgt nak bagituhu yang kita sayang orang lain. suami kita ke, kawan kita.......
Waktu ini kita dah mula lontarkan pandangan kita sendiri. Kita selalu tinggi suara pada mereka. Kalau kita tengah marah pada org lain, kita cakap kasar pada 'mereka' untuk ekspresikan marah kita. Kita cakap apa yang mulut kita mahu cakap tentang 'mereka'
waktu ini.............siapa 'mereka' di hati kita?
Pernah tak kita fikir waktu ini... pernah tak kita terfikir kalau 'mereka' dah tiada nanti?
Pernah tak kita terfikir kalau suatu hari 'merek'kejut kita bangun subuh dan kita tak bangun lalu 'mereka' terjatuh dan depan pintu bilik kita dan terus meninggal. Maka itulah kali terakhir mereka sebut nama kita... Pernah tak kita fikir kalau biasanya 'mereka' ke surau tiba-tiba suatu hari merka tidak pulang dan pergi selamanya dan kita tak sempat nak minta maaf pada mereka? Pernah tak kita terbayang kalau suatu hari sedang kita meniggikan suara pada 'mereka' dan 'mereka' terkena serangan sakit jantung dan terus pergi tanpa sempat kita mohon ampun?
Pernah kita terbayang kalau hari raya kita tanpa 'mereka'?
Maka, kita masih ada 'mereka' sekarang. Bagaiman dengan kawan-kawan kita yang sudah tidak ada 'mereka'? Pernahkah kita bersyukur kerana kita masih ada 'mereka'?
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."(Surah Luqman ayat: 14)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)
Bukankah kita mengaku beriman dengan ayat-ayat Allah? Maka......siapa 'mereka' di hati kita?
Andai kata ada kesalahan 'mereka' maka maafkanlah....andai ada ada kekurangan 'mereka' ampunkanlah,,,,,
Mari bersyukur kerana dianugerahkan 'mereka' dalam hidup kita..
Semoga mereka kekal menjadi yang terisitimewa di hati kita...
|
Ya Allah, jadikanlah anak-anak ku insan yang sentiasa berpegang kepada Ai-Quran, kurniakanlah hikmah kebijaksanaan dan rasa belas kasihan,
ReplyDeleteJadikanlah mereka insan yang sentiasa bertaqwa dan sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa, tidak sombong lagi durhaka,kurniakanlah kesejahteraan kepada mereka pada hari mereka dilahirkan, pada hari mereka dimatikan dan pada hari mereka dibangkitkan semula... ameen Ya Rabb.
untung lah sapa yg dpt awak jadi anak, isteri dan kawan .
ReplyDelete